Format The Great Australian Spelling Bee (musim kedua)

Struktur bagi siri kali ini adalah seperti berikut:[4]

Spelling Bee (Mengeja Individu)

Setiap pengejar dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan, yang terdiri daripada empat orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan perlu bersaing mengeja sehingga hanya tinggal dua orang pengeja yang tinggal. Jika keempat-empat ejaan dieja dengan betul atau salah pada setiap pusingan, mereka akan terus bersaing sehingga hanya dua orang pengeja sahaja yang tinggal.


Show and Spell

Setiap ahli kumpulan dikehendaki berdiri di belakang pembaz. Pembayang dan huruf didedahkan sehingga salah seorang pengeja menekan butang pembaz untuk meneka ejaan yang diberikan. Jika pengeja dapat meneka perkataan tersebut, pengeja diminta untuk mengeja bagi mendapat mata. Dua kumpulan terawal yang mendapat tiga mata akan selamat. Manakala, dua lagi kumpulan yang gagal akan berhadapan pusingan mengeja individu, Spelling Bee, di mana dua orang pengeja akan tersingkir.

Speed Spell Relay

Speed Spell merupakan cabaran berkumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan akan berdiri di dalam Spell Gate dan diberi 60 saat untuk mengeja perkataan-perkataan yang diberikan. Pengeja yang mengeja dengan salah akan keluar dari Spell Gate sementara ahli kumpulan meneruskan cabaran tersebut. Cabaran akan terhenti setelah mencapai 60 saat atau kesemua ahli kumpulan melakukan kesilapan mengeja. Kumpulan dengan jumlah ejaan yang sedikit akan berhadapan pusingan Spelling Bee.

Superword

Dalam Superword, dua orang setiap kumpulan perlu mencari perkataan dariapda sembilan abjad yang diberikan di skrin besar. Perkataan-perkataan yang diberikan hendaklah memiliki sekurang-kurangnya lima atau lebih abjad dan setiap abjad hanya boleh digunakan sekali sahaja. Pengeja juga tidak dibenarkan mengulangi perkataan yang telah diberikan oleh kumpulan lain. Cabaran ini memerlukan setiap kumpulan menekan pembaz dengan cepat untuk meneka perkataan yang boleh dibina daripada sembilan abjad yang tertera. Markah hanya diberikan jika perkataan dapat dieja dengan betul. Lima kumpulan pertama yang berjaya mendapat tiga mata akan selamat. Dua kumpulan terbawah akan berhadapan dengan cabaran Spelling Bee.

Superword turut dilakukan secara individu pada episod ke-7. Dua pengeja yang mendapat tiga mata akan selamat dan selebihnya akan berhadapan dengan pusingan Spelling Bee.

Speed Spell Duo

Peraturan yang sama dengan Speed Spell Relay, cabaran ini memerlukan dua orang setiap kumpulan untuk berada di Spell Gate. 60 saat diberikan bagi mereka mengeja perkataan dengan betul secara bergilir-gilir. Pengeja yang melakukan kesilapan akan keluar dari Spell Gate dan meninggalkan seorang lagi rakan pasukannya untuk meneruskan cabaran sehingga masa tamat. Cabaran berakhir apabila tamat 60 saat atau kedua-dua ahli pasukan melakukan kesilapan ejaan. Dua buah kumpulan dengan mata yang rendah akan berhadapan dengan pusingan Spelling Bee.

Laser Letters

Laser Letters merupakan cabaran baharu yang diperkenalkan dalam musim ini. Setiap kumpulan diminta untuk berada di belakang pembaz dan menghadap skrim besar. Penyebut akan membaca empat perkataan menerusi unjuran laser di skrin besar. Salah satu empat perkataan tersebut telah mengandungi kesalahan ejaan. Pengeja yang dapat mengenal pasti perkataan yang mempunyai kesalahan ejaan perlu menekan butang pembaz dengan cepat dan memberikan ejaan yang betul bagi memperoleh mata bagi kumpulan mereka. Dua kumpulan pertama yang berjaya mendapat tiga mata akan selamat, manakala dua lagi kumpulan akan berhadapan pusingan Spelling Bee.

Speed Spell

Speed Spell ini pula ialah cabaran individu. Setiap pengeja diminta berada di Spell Gate dan diberi masa selama 60 saat untuk mengeja dengan betul setiap perkataan yang diberikan oleh penyebut. Masa akan terhenti jika pengeja gagal mengeja dengan betul. Pengeja dengan jumlah ejaan betul yang terbanyak akan selamat daripada penyingkiran, manakala selebihnya akan berhadapan cabaran Spelling Bee. Seorang peserta yang gagal mengeja dengan betul akan tersingkir.

Letter by Letter Knock-Out

Setiap pengeja akan bergilir-gilir memberikan satu abjad dalam satu masa untuk mengeja sesuatu perkataan. Apabila seorang pengeja memberi abjad terakhir, pengeja seterusnya perlu mengulangi perkataan yang diberikan dan penyebut akan memberikan perkataan baharu dan memberikan abjad pertama perkataan tersebut. Cabaran berterusan sehingga salah seorang pengeja melakukan kesilapan. Pengeja yang melakukan kesilapan akan keluar dari pusingan dan cabaran diteruskan sehingga hanya tinggal seorang pengeja. Tiga orang pengeja akan berjaya ke pusingan Spelling Bee bagi menentukan juara bagi tahun 2016.

Rujukan

WikiPedia: The Great Australian Spelling Bee (musim kedua) http://www.dailytelegraph.com.au/entertainment/tel... http://www.news.com.au/entertainment/tv/why-the-gr... http://www.sunshinecoastdaily.com.au/news/chrissie... http://tenplay.com.au/channel-ten/the-great-austra... http://www.tvtonight.com.au/2016/07/timeshifted-su... http://www.tvtonight.com.au/2016/08/saturday-13-au... http://www.tvtonight.com.au/2016/08/saturday-20-au... http://www.tvtonight.com.au/2016/08/saturday-27-au... http://www.tvtonight.com.au/2016/08/timeshifted-su... http://www.tvtonight.com.au/2016/08/timeshifted-su...